Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Setelah sekian lama tidak mengupdate entri blog ini, saya rasa terpanggil untuk menjawab persoalan yang bermain di fikiran masyarakat hari ini, di sini saya kepilkan fatwa untuk sama-sama merungkai masalah belia yang kian hilang pegangan diri.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menjolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

AKU dan PALESTIN

Sudah sekian aku tak menulis di entri blogku ini, pada perkiraanku tahun 2012 ini aku tidak mengeluarkan apa-apa entri buat tatapan pembaca, tapi akhirnya isu saudara-saudaraku Palestin ini benar-benar menyentap sanubariku untuk menguatkan jari-jemari ku untuk berkongsi isu mereka.

Saat umat Islam di Malaysia menikmati cuti awal muharram kita dikejutkan dengan berita umat Islam Gaza diserang oleh Yahudi… hatiku ranap bukan kepalang, sakit sangat saat negara kiblat pertama kita diroboh dan diratah oleh senjata-senjata mereka. Negara ini warisan Nabi-nabi kita…  Apakah perasaan kita???

Aku terkenang kembali saat Umar Al-Khattab menguasai Palestin, saat Salahuddin Al-Ayubi berhempas pulas mendapatkan Palestin, hari ini Hamas tentera yang tidak gentar dek ancaman kembali menyambung perjuangan itu, aku terharu… dan benar-benar pilu masih ada lagi kekuatan yang menentang Yahudi… Aku kagum dengan mereka, bila aku membaca tentang briged Al-Qassam aku hampir menitiskan air mata, mana taknya ciri-ciri yang ada pada mereka hampir sama dengan tentera Salahuddin Al-Ayubi, mereka mengamalkan solat di sepertiga malam…  dengan penuh harapan aku mengharapkan Allah SWT membantu mereka mempertahankan satu wilayah yang masih bawah penguasaan Hamas ini…

Di tengah-tengah Palestin diserang ini, mengingatkan aku peristiwa Bir’u Maunah, yang mana dalam peristiwa ini sebanyak 70 orang sahabat telah syahid kesemuanya merupakan penghafaz Al-Quran. Rasulullah SAW sangat sedih terhadap peristiwa itu, sebulan Rasulullah SAW mengamalkan qunut nazilah atas musibah yang melanda umat Islam itu.

Marilah kita ambil pengajaran melalui sirah, eloklah kita ramai-ramai mengamalkan qunut nazilah sebagaimana Rasulullah SAW lakukan… Moga sunnah ini dapat membantu umat Islam di Palestin… InsyaAllah…

Aku meneliti bermacam status facebook berkaitan Gaza, bermacam status yang aku baca… aku tahu ramai yang prihatin bahkan ramai juga yang masih berkunjung ke McDonald’s untuk berebut mengambil makanan free yang ditawarnya, aku jadi sangat-sangat sedih, di mana keprihatinan kamu anak muda??? aku suka sangat sekiranya di saat-saat ini, ada tenaga yang prihatin menjemput Ustaz Azhar Idrus untuk berceramah tentang isu ini, selepas itu urusetianya tidak lekang2 memegang tabung Palestin. Aku yakin tabung itu serba sedikit  cecah ribuan ringgit, akhirnya bantuan segera disalurkan ke Gaza. 

Aku seorang muslim yang punya lontaran idea, suka juga aku tengok pemuda-pemuda luar negara duduk berpiket di depan McDonald’s, agak-agaknya ada tak pemuda di Malaysia yang seberani itu untuk memboikot barangan Yahudi???. Aku  berharap ada semangat-semangat pemuda sebegini, daripada berani memijak gambar Perdana Menteri yang kita yakin Islamnya beliau, baiklah kita lakukan sesuatu yang kena pada caranya… Aku tahu tulisan aku bakal menyentuh sensitiviti pelbagai pihak, tapi pada aku biarlah kita menjadi insan yang menyumbang kepada kemenangan umat Islam di Gaza.

Aku sebagai penulis memberi cadangan idea, boikot! boikot! boikot!… ini antara senjata terhebat  yang kita ada, tolonglah umat Islam di Malaysia… Jangan dibeli barangan keluaran mereka…

Akhir sekali, mari sama-sama kita tatapi rintihan As-Syahed Sheikh Ahmad Yassin yang mana ucapan ini diambil selepas cubaan membunuh beliau gagal pada 6 September 2003:

“Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaumpun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah.

Tiada satu kaumpun (di kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hamba-Mu yang beriman!”

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (dalam keadaan melarikan lari) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan!!! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.”

“Ya Allah, kami mengadu kepada-Mu. kami mengadu kepada-Mu. kami mengadu kepada-Mu. kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepada-Mu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami”.

Ayuhlah kita bangun dari duduk santai kita, mari menelusuri rentetan serangan ke atas Gaza, caknalah dengan isu ini… ingatlah kita pada hadis Rasulullah ini:
 من لا يهتم بأمر المسلمين فليس مني   yang bermaksud “barangsiapa yang tidak mengambilberat tentang urusan umat Islam ia bukan dari kalanganku”.
Moga tulisan ini, membuka mata yang terlena, menghidupkan hati yang terleka, agar kembali kepada penyatuan umat, suka juga aku kongsikan kata-kata Datuk Sahlan Ismail Setiausaha Politik Perdana Menteri dalam BICARA tv Al-Hijrah semalam,beliau menyeru kepada penyatuan umat Islam di Malaysia tanpa mengira warna biru, hijau, putih, merah agar menyedari hakikat bahawa umat Islam hari ini diserang oleh pelbagai pihak…
Segulung Tahniah, aku ucapkan kepada kerajaan Mesir yang mengalurkan hampir 600 pemuda Mesir sukarela memasuki Gaza semalam selepas pintu sempadan Rafah dibuka dan bantuan disalurkan tanpa memerlukan pasport.
P/s: Pengajaran boleh didapati di mana sahaja, tanpa mengira siapa yang bercakap, dan di tempat mana ia bercakap.

Abdullah bin Mubarak dan Keikhlasan Muwaffaq

Malam ni aku buntu… tak tahu nak mula dari mana… cuma yang aku rasa aku perlu menulis… dan kian lama entry ni kosong dari sentuhan aku…  oklah! aku nak cerita tentang Abdullah bin Mubarak yang merupakan seorang Tabi’in, beliau pergi ke Mekah untuk menunaikan haji… biasalah apalah yang nak dikejar oleh seorang yang berbuat haji melainkan iktikaf di masjidil Haram sehinggalah tertidur…

Dalam tidurnya, beliau didatangi dua malaikat yang turun dari langit… dua malaikat bersembang sesama sendiri, malaikat 1 bertanya: “berapakah jemaah yang mengerjakan haji tahun ini?”,  Jawab malaikat 2: “600,000 orang”.

Malaikat 1 bertanya lagi, ” dalam 600,000, berapa orangkah hajinya diterima Allah?”. Malaikat 2 menjawab: “hanya seorang hajinya diterima Allah SWT, namanya Muwaffaq seorang tukang kasut, beliau tinggal di Damsyik, walaupun tidak mengerjakan haji tapi hajinya diterima Allah SWT, disebabkan beliau 600,000 orang yang mengerjakan haji tahun ini diterima Allah SWT”.

Abdullah bin Mubarak tersentak dari tidurnya, alangkah terkejutnya beliau lalu beliau membuat keputusan untuk pergi ke Damsyik bagi mencari orang yang dimaksudkan oleh 2 malaikat dalam mimpinya itu.

Setelah sampai di Damsyik, beliau mencari rumah tukang kasut yang dimaksudkan itu. Sesampai di rumah tukang kasut itu, Abdullah mengetuk pintu, lalu lelaki itu membukanya, Abdullah diajak masuk.

Sebaik sahaja duduk, Abdullah terus bertanyakan nama beliau, setelah mendapat kepastian Abdullah bertanya lagi, “apakah amalan yang kamu sehingga kamu mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah SWT?”. Jawab Muwaffaq: “Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara mendadak aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal kasut, lalu aku niat untuk berhaji pada tahun ini.

“Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam), lalu aku pergi ke rumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya.”

Lalu jiranku berkata: ” Baiklah, oleh kerana kamu tidak tahu tentang keadaanku, maka aku terpaksa memberitahumu… sebenarnya sudah 3 hari anak-anakku tidak makan, oleh itu aku keluar mencari makanan, sewaktu mencari makanan, aku jumpa bangkai keldai, aku ambil potongan dagingnya, lalu aku masak, tetapi ketahuilah makanan ini halal bagi kami dan tidak padamu”.

Selepas aku mendengar kata-kata perempuan itu, aku bergegas pulang ke rumah dan mengambil wang 300 dirham, dan aku berikan kepada perempuan itu dan aku katakan ‘belanjakanlah duit ini untuk anak-anakmu’.

Aku terdetik di dalam hati, sebenarnya hajiku di depan pintu rumahku ( rumah jiranku ), maka kemanakah aku harus pergi?”.

Abdullah kagum dengan keikhlasan Muwaffaq… jadi di mana kedudukan kita berbanding Muwaffaq??? fikir-fikirkan…

Lirik Lagu tema HIMPUN

Selamatkan Akidah 

Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

Lagu: Isman Hijjaz
Lirik: Atie & edited by Munsyid

P/s: video lagu HIMPUN di laman perkongsian blog ni…

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada ikhwah, akhawat…

Ana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf zahir dan Batin… ana mohon minta maaf atas segala dosa-dosa yang telah ana lakukan…

Ana mengharap agar kita dapat menikmati hari kemenangan bagi umat Islam ini dengan penuh keberkatan…

Moga kita sama-sama dapat meneruskan amal yang kita lakukan pada bulan Ramadhan…Amin ya Rabb…

Kepada student yang ana kasihi,

Ana mohon maaf sepanjang ana mengajar banyak kelemahan yang sememangnya banyak membebankan antum semua… mohon dimaafkan… Halalkan masa yang terlebih dan terkurang yang ana ambil dari antum… mohon dihalalkan…

Akhirulkalam… Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf zahir dan batin.

~Nukilan Syeikhut-Tarbiyah Ust Rahmat Abdullah (1953-2005)

“Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …

Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan … …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan …

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan sampingan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan…

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini … Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian …

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan wang yang cukup-cukup dan peta yang tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berda’wah di desa sebelah …

Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …

Aku rindu zaman ketika anak usrah menangis karena tak bisa hadir di usrah… Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya … Aku rindu zaman itu …

Ya Rabb … Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami … Ya Rabb … Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini

Peringatan bagi daie…

“Pendakwah adalah seorang yang menyakini dan memahami fikrah, gagasan atau idealismanya. Ia menyeru manusia kepada fikrah secara tulisan, ceramah atau perbualan biasa, kerja keras, secara peribadi dan umum, dan segala perkara yang boleh digunakan samada melalui alat-alat penyebaran maklumat. Oleh sebab itu, pendakwah boleh menjadi penulis, penceramah, penyampai dan menjadi teladan yang mempengaruhi orang melalui perbuatannya”.

“Pendakwah juga seorang ‘doktor kepada masyarakat’ yang merawat penyakit di dalam jiwa, dan memperbaiki keadaan masyarakat yang rosak. Oleh itu, pendakwah adalah pengkritik yang celik, hidupnya digunakan untuk melakukan perubahan dan pembaikan ke arah yang Allah kehendaki. Pendakwah adalah rakan dan teman, saudara kepada yang kaya dan miskin, tua dan muda, dan melalui sifat ini lahirlah dalam hatinya perasaan kasih mengasihi, dan teralirlah rahmat di matanya, dan datanglah keceriaan dan pengharapan dari lidah dan tangannya. Ini sangat diperlukan bagi pendakwah.. Dakwahnya melimpahkan kekuatan dan kegembiraan kepada ruh, bukan dari kefasihan bicara dan kepetahan lidah. Pendakwah adalah ketua bagi yang berada di lingkungannya, ahli politik di persekitarannya, pemimpin kepada fikrah dan orang yang mengikuti di sekelilingnya. Semua ini membuktikan bahawa tidak memadai hanya bergantung kepada syarahan atau ceramah sahaja, tetapi mesti ada pengaruh jiwa, dan dominasi ruhiyyah, berhubungan dengan Allah, dan penggunaan fikiran tentang apa yang telah terjadi dari pengalaman sejarah, dan keadaan manusia”.